Wednesday, July 15, 2009

Saya paling benci dan rasa nak bunuh orang yang

suka marah saya tanpa reason yang kukuh dan sengaja mencari salah saya satu persatu time2 tu jugak juz becoz die penat dan ada masalah lain.

U r so cruel.
God will get mad at u.
and possibility u will be punished by God is so high. When God ask me whther i forgive u or not di padang masyar nanti, definately i will say : I'm sorry god. Dia sangat jahat sebab marah saya.buat saya sedih.I will not forgive dia. Please punish dia.

Full stop.

Monday, July 13, 2009

Tiada ketenangan setenang mereka...















by looking at their face, saya akan tenang.

Friday, July 3, 2009

Emosi saya hari ini.(kucing2 ni kiut maut!!)

Pagi ini saya sgt :hi: untuk memulakan kerja setelah menyetelkan byk files semalam.


Tapi bila dah separuh jalan buat SOC makcik kene tipu dgn e-investment company,saya mula

:ha?: !!!! rasa mcm nak :anoto: je!! Yang ko pergi percaya bulat2 tu knp?Ha,kan dah kene tipu!!


Kemudian boss suruh saya setelkan cerai orang sbb pompuan tu ada affair dengan suami org. :sobrakana: punye pompuan!!!! Ape jahat sgt??


Kemudian saya :ayokona:!!!!! boss ada suruh sy ckp dengan kebajikan ttg hak penjagaan anak buangan dan nak advise penjaga die yg nak mengangkatnya. Alamak alamak,gabra siot tak kol lagi. kemudian saya call dan :hilo:...banyaknya prosedur die mak aih. Saya bagitau boss saya dan die pun :hilo: sebab tak pernah buat. pastu selamba badak die cakap, u settlekan ek dgn jabatan pendaftaran kt putrajaya, kebajikan di bangi. nnti u bawak makcik tu oke.


:tsk::tsk::tsk::tsk::tsk: ( kene buat padan muka)

kemudian, dah pk 12.30 pm!:scream::scream: rehat rehat!!! pf carrefour wangsa maju dgn aya the shanker cherokee dan kak ji makan rasamas bolehlah tahan. masuk nagoya tgk kain hitam putih (blerrghhh!!) yg cantik tp ::(..bajet shopping bulan ni dah habis. kalo beli jugak nnti kene:lamagawa:tepi jalan nak cr duit tambahan..

Balik office memulakan kembali SOC makcik tu.rasa :sigh:.

pastu boss kasi file medical negligence nak buat writ saman n soc. cek2 LOD pun takde lagi camanao eden nak saman org? dahla causing death ni!!! :takot:aiyyyokkkk...
dahla :ha?: apa2 pasal med negligence. sapa parties to sue? mcmana cr nak determine figure gantirugii?18 juta cukup ke?

call several friends sambil buat :puppyeyes:( haha,dorg tak nmpk pun) so dat dorg tolong apa2 yg patut.heh hampeh.takde sapa pun tau. Mr A kasi tips sikit2,thanks for the Foo Fio Na case, i'll read it nnti. Tuan kasi famous firm yg selalu handle medical negligence's case,tp takkan nak tepon bodo2 gtu tnye? nampaknya byk nak kene :antok: ni untuk file ni.

Mr A tgh check in nak g phuket:waaah: .(nak pergi jugak!!!!) Pheww~:wave: Die pergi dgn si jejaka indo yang kacak!:blush::blush::inlove:

Sambung SOC makcik tu lagi dan , siap jugak akhirnya. :wala: Print, hantar masuk bilik boss!hopefully tak byk correction dan dah boleh file di court.

Print out Foo Fio Na untuk baca kt rumah(ha ha,yerla baca sgt..)

7pm, time to go homelah. soooooo :sweaty:and :yawn:..

yeay!!!!:ahaha::ahaha: esok dah saturday..

tapikan..:tsk::tsk::tsk::tsk: la..homesick rasanya. nakk balik rumah jumpa ba dan umi..:tsk:....

Sunday, June 21, 2009

Working life yang kian menunjukkan belangnya. Terdapat satu masaelah.


Lama dah tidak menaip ape2 di sini. tak sempat *tipu*.

Nak kate tade benda,berjuta batu byknya. Nak kate tak sempat jenguk, tipu lagi sebab mmg jenguk tiap2 hr dan baca entry hanis without miss.* in kes hanis dtg sini, i love ur hair hanis dan nak simpan rambut superlong mcm dia nak buat hairdo mcm rambut die.tiba2 girly mode,takpe,kadang2 bukan selalu.impian semakin menjadi kenyataan,lagi 4 bulan boleh jd superlong kalo rambut tak merajuk sbb kene nipiskan.**


Dan memang terdapat saaatu masaelah sebnarnya di dalam alam pekerjaan ini. Tanpa di sedari, semalam,semasa buat kali ke-450 mengadu masalah penat kepada bonda, die cakap :" kenapa sekarang selalu sangat kol dan merengek mengadu penat kerja letih byk nak kene buat banyak kene baca buku selalu kene bangun pagi lapar dan segalanya??" eh eh,iye ke selalu mengadu?demn! x sedar langsung. Ku ingatkan nak bermanja-manjala ** sebab takut sudah dilupai dan tidak lagi mendapat kasih sayang dan kemanjaan dari ibu bapa sbb dah tak mintak duit dan sudah bekerja** Pulak dah.Tanpa di sedari sebenarnya aku jadi suka mempersoalkan,suka mengadu dan sebagainya. Bukan salah diri ,salah kan alam pekerjaan. Ye, amaran awal untuk org2 yg baru ingin memulakan pekerjaan,berhati2 sbb kalo anda ade suami,anda mungkin akan di tinggalkan keseorangan kerana kerap mengadu .hahahha...


Komplen2 dan mengadu2 ni timbul ekoran byk perkara. Bukan tidak suka nak buat kerja2 tu, cinta yang amat. Tapi rasanya kerja ini terlampau harus mengejar dateline menjadikan aku mengah. File bertambun. seriously bertambun.***walaupun tak setambun bilik en.boss kecik,tp bagi kami yg baru belajar kalo salah tolong tunjukkan ni, ianya culture shock!


Dan sakit ht lagi,performance tidak excellent cloude nine. owh haiyya. KERAP mempersoalkan diri dan kecewa dgn diri agak berlaku dengan kerap *ayat berbelit ,tahu,tapi malas nak reconstruct,buat paham2 lah**

Tula, dulu belajar buat snp je, mana nak tau partnership agreement, mutual divorce agreement, renovation agreement bagai semua tu? dulu buat SOC, SOD create cerita sendiri,kalo rasa susah,senangkan fact of the case. Sekarang mana boleh nak buat gtu. Lagi dulu, lecturer tak mrh pun kalo salah,paling koman kene tolak markah tp still bulih backup ngn markah test. sekarang mana bleh buat gtu. Sekarang kene panggil, kene lecture, kene marah **down down down**

Oh En Boss, kami bukan tak pandai ,kami tak biasa. Nasib baik die faham kita masih lagi under probation,so harus tingkatkan kecemerlangan dan produktiviti tp still rasa kecewa dgn diri sendiri sbb tidak mampu hendak menunjukkan power superwoman awal2 minit pertama pertarungan. Kecewa kerana terpaksa mengikut pepatah kalah dulu baru menang. Ish Ish.


Itu tak masuk masalah bak kata jebon berjalan menuju kehancuran dengan hanya tangan di dalam poket.warna2 merah,biru ,hijau yg sangat susah nak kekal dlm dompet. asik mahu terbang. sbb sikit sangat. **tensen tensen** Mahu kaya mahu kaya mahu kaya**Bila?


Sampai sudah satu tahap rasa nak pg tukar bidang masakan dan kulinari tp kesian ibubapa di rumah yang sudah mencanangkan anak mereka bakal penjadi pengacara kepada seluruh pelosok kampung.** orang tua..cek tak leh nak halang**


Sampai satu tahap rasa mau pergi OZ lagi.. Mahu tidak berbuat apa-apa,melayan karenah anak2 kecil itu.


Sampai satu tahap rasa mau pulang ke kampung berbakti kepada ibu bapa.


Sampai satu tahap rasa mau pergi jauh. Mungkin Jepun.


5 series susah untuk di gapai nampaknya. **merungut lagi**


*****tapi bila berfikir rasional kembali, ek eleh......poyo ah.baru ujian sikit dah menggelabah ayam. rilekla bai! masa panjang lagi. kayuh pelan2 lah,nnti sampai jugak. **tp lambat.....nak cepat!**


so,Kuatkan semangatlah, tempuhi hari2 mencabar ,merungut pun n merungutlah,yg penting passion harus tetap ada. jgn kasi hilang,kalo hilang memang kene pergi belajar memasak.dan kulinari. kalo passion nak terbang, cr passion fruit .makan bnyak2.
Kita tinggalkn gmbaran masaelah itu dgn ilustrasi di bwh.

Monday, May 25, 2009

Perasaan Itu.

Kadang-kadang kau akan rasa frustrated sangat. Frustrated sebab ko tak tahu kenapa kau boleh rasa frustrated. Sebab kau rasa tak sepatotnya penyebab2 yang menyebabkan kau rasa frustrated tu terjadi.


Kadang-kadang, tiba-tiba kau boleh rasa penat sgt dengan hari2 kau,orang sekeliling kau, orang2 yg jauh dari kau,kegiatan baik yang selalu kau buat dan segalanya. Penat smpai kau terduduk, tak boleh nak pikir dah apa yang ko nak buat lepas tu.


Dan kau akan mula fikir,apa dosa kau sehingga orang buat kau macam ni. Karma ke? Tapi kau tak boleh piker bila kau buat salah kat dia. Puas kau pikir, tapi rasa macam tak de pun. Tapi kau tetap rasa,maybe ada. Yang kau tak realize. Kau tetap nak menyalahkan diri jugak sebab kau rasa takkan lah kau saja-saja kene. Ko hold sangat prinsip what u give u get back tu. Mesti bukan saja2 kau penat dengan orang.


Tapi sampai bila? Hum,alih2,hari ni kau rasa penat, kau bersedih,frustrated, tp kau tak jumpe punca, esok bila bangun pagi,paling kurang,kau fikir nak fikir balik pasal semalam,tapi kau penat dah nak fikir. So kau decide, AHHH,boleh blah lah! (takpun,pegi mampuslah!) So,kau happy balik.



Sunday, May 24, 2009

Kami di tanya kenapa datang ke dinner ni. ish!! ish!! sebab terbesar kami sanggup ialah hanya kerana ianya di hotel itu.Kami mmg teringin nak pg situ.

[ budak cacat being silly]



[ ho!dengan costume king of the nite]


Judicial and Legal Service Officer's Association atau bahasa melayunya, Persatuan Pegawai2 Pekhidmatan Kehakiman dan Perundangan. buat Annual Dinner. Di hotel yang ada banyak patung2 kuda itu. Ye,hotel yg best itu.

Ye,kami dr legal world yang lain. Kami lawyer,kamu PKP,TKP,KP,Magistret,Yang Arif,FederalCounsel,PUU. Tapi kalo ktrg dah muncul di majlis anda,jgnler buat terkejut sangat.Macam ape jer tanya kenapa kitrg ada dlm majlis kamu. Rileks2 sudah. Adalah tu kenapa firma kami dpt invitation. Lagipun Big Boss bayar meja. Heh. Kami dtg jer. Sebab dinner tu kat istana kuda emas. Faktor terbesar kami dtg. Cakapla kami jakun ke ape sbb beriya nak ke situ,tp memang kami jakun,tak pernah pergi,hanya mendengar kabaran yg indah2 belaka dari jauh.Kitrg excited nak pg istana itu.
Tapi dinnernye bertema. Aish,boleh tahan para tuan dan para puan semua. Memilih konsep Arabian Night nah! Kami di beri invitation card petang Khamis. Majlis malam jumaat. Siot mana nak cari baju? Tak sempat2,sedangkan Law Grad Dinner pun budak2 bersiap segalanya seminggu. tu yg takde theme tu. Kitrg tak sempat nak pk baju ape,sbb jumaat harus berkejar ke BarCo**cil dan juga KLB*r( motif tidak type penuh sbb tanak org search sampai ke sini,tq). dan ke shah Alam hunting big boss dptkan signature. Kami sampai ofis pk 3 petang. En Boss kasi balik awal,pk5. tp kami balik 5.30. sampai rumah 6.45. di ingatkan, baju tatau nak pakai ape pun.
Dah nama arabian night, tarik jubah n main sarung jer mana ade.7.15pm,abe ayah hanya ke istana kuda emas itu. sampai2,peh peh,ada patron bukakkan car door. ececdececece.....
Excited Excited Excited.( Sambil senyum2 mengontrol.)
Sekali berjumpa ramai gile member. Wah ramai ropanye kerabat2 uni ku di side ini. Tp costume,mak aiiiiiihhhhhhh,meletup!! perempuan gelek,marjina,ali baba, tarbus,tuan syeikh dr mekah,dr lubnan,dr turki,semua ada. Semangat diorang ni! Hari ni tak dengar kes ke yg sempat melaram semua ni? Ke lepas dendam tiap2 hr pakai baju black n white,tetiba pakai baju warna warni gile!
Well,the event was great. Yasin brothers dan akbar artis malam tu. n officers2 turun padang gelek lagu jai ho dan juga lagu dlm cerita Ali baba. Hahaha,memang melepaskan tension betol tuan tuan semua.. and the Food. sgt sedap,sampai makan kenyang
gile!
Yang lg bersejarah,after 24 years of my life,first time dpt cabutan bertuah. Huehuehuehuheuhue~
Oh gambar sekitar majlis :-

[ budak cacat, boss,shaz yg semangat]

[cantikkan?burung merak]

[tuan sheikh yg turut bergolek tgk belly dancing.

haha,pandai bukak kopiah time tu]

[ king of the nite. murah gile die sewa costume.

dan juga puan yang semangat pakai baju arab dancer.]

[bukti bersama patung kuda itu] [ itu hadiah cabutan bertuah saya.dgn modelnya]
dan pose wajib dlm toilet. ;p

[taktau nak decide nak pandang kamera ke pandang cermin.

jom gelak sekali je. Ha!]

Wednesday, May 13, 2009

Air paling nikmat dalam dunia.

Kale Merah die, pastu letak ais.
Sekali sroottt, hilang dahaga.

Air sirap,kaulah paling hebat!

Saturday, May 9, 2009

Selepas sebulan membanting tenaga mencari sesuap rezeki .

Whoahh!!dr mula2 masuk keja sampai hr ni,br 3,4 entry. Wah,bz nampak?

So,sudah genap sebulan lebih aku bertapa setiap hr pagi petang maghrib malam(kadang2 saje ) di opis di tingkat 5 itu.
Perasaan? Macam2. Tapi nak amek yg seronok jer sbb kalau nak ckp yg tak seronok,hidup kita asyik backward jerla.(Aichewah!)Pandai backward2 sekarang!
Perasaan melakukan segala kerja2 setiap hari itu menyenangkan. Alhamdulillah,sekurangnya2 aku buat kerja yang aku suka.(walau kene buat conveyancing,tp dah kate tgh beljar,so kene sukalah.huuhuhu,tak suka tak suka..) tapi takpelah,satu tu jer, nasib baik ada legal clerk yg pandai lagi berwibawa boleh mintak tolong bile nak buat procedure2 snp.

Perasaan datang office melihat segala files yg bertambun di atas meja entah bila mau surut itu kadang2 menyesakkan,(sapa suruh tangguh kerja?) hahah,bukan tangguh tapi master suka heret ke hulu hilir,bila mau siap?(hahaha,padahal suka aje bila master ajak sbb tak boleh tahan duduk office lama2.Atlis kene keluar jugak walau sekejap.) tapi walau perasaan menyesakkan itu ada,ia tetap menyenangkan.

Perasaan mendapat gaji pertama.undescribeble (betol ke?). yg terlintas,nak kasi duit kat umi sebanyak mungkin,tapi, sedih sbb harus berpijak pada bumi yang nyata yakni mengatur segala perbelanjaan minyak,tol, dan parking yg akhirnya menciputkan uang yang di perolehi dr penat lelah itu. Tp janji tetap janji, lebih2 lagi janji dengan Allah, walau seciput,ia tetap akan menjadi bahagian raja dan ratu hati ku itu setiap bulan.
Yang sedih,gaji pertama tidak dapat di simpan langsung,ianya licin sebelum akhir bulan lalu harus meminta2 dr adikku.(hahahaha..) tapi x pelah,takkan nak malu muka pergi mintak ngn umi lagi sedangkan anda sudah bekerja?manyak cantik muka??sedangkan adik itu tak ape,die sudah pau ku beratus2 sepanjang persekolahan ku dulu.

Perasaan melihat kereta2 yg menjalar mewah di perkarangan istana keadilan tu selalu mendetak2 dlm hati bertanyakan bila pulak giliran ku? haha,tiada tahun yg dpt diberikan sebagai jawapan,tapi walau itu angan2,tidak mustahil akan tercapaikan?
Realitinya : Bapak susah wehhhh nak kaya ni!!!Gaji seciput,sekarang udah separuh 20an,bila ni mau kaya??harus mencari pendapatan sampingan ni. Tapi ape?buat kek?hahahahah..gile tak synchronize.

Perasaan melihat kebatilan bermaharajalela di depan mata. Ini paling susah untuk aku ungkapkan. Bersimpang siur. Di antara kemahuan diri serta kesanggupan dan juga apa yg makruf dan ape yang mungkar. Setakat ini aku berjaya membenci yang mungkar, dan aku bermohon untuk di jauhkan dari segala yg mungkar itu. Betollah,dunia ini tidak langsung bersih. Terletak pada tangan kite untuk memilih.

Perasaan melihat kawan2 yg lain byk yang berubah. Yang dulu, tak pnh handsome pegi kelas,tiba2 berubah menjadi tuan Federal Counsel,pakai baju mahal,dan seluar mahal. Kawan2 yang asyik bercakap ttg duit sepanjang masa. Kawan2 yang workaholic yang susah betol nak berjumpe dek kerana banyak ragam sangat. Pelbagai. Kawan2 yang makin susah untuk bertemu dan makan di meja yang sama walau berada di tempat yg sama lantaran perbezaan kedudukan di istana keadilan itu. Sampai nak lunch sama2 harus prgi jauh2 untuk mengelakkan dr di lihat. Tidak pernah di sangka keadaan ini akan berlaku,tp nah,sekarang berlaku. Sudah terlalu lain.

Hakikatnya,zaman sekolah sudah terlalu jauh berlalu. Zaman baru membanting tulang ini sedang mula mengkontrol kehidupan harian.

Berdoa semoga aku tetap aku. Berdiri di paksi kukuh mempertahankan prinsip kepercayaan diri yang di pegang selama ini. dan yang paling penting,tidak hanyut.

BAIKLAH. BUAT KERJA!

Tuesday, May 5, 2009

STUCK.

Too much probs.
School prob.
Work prob.
Family prob.

Lame2 boleh jadi gila.Serious.

Tapi masih akan mencuba untuk berpegang pada tali dengan kuat.

GOD HELP ME PLEASE .